A.R.W.A.H




tanggungjawab.
amanah.
ketegasan.


dari kecil kau diajar cara kasar.
dipukul. dimarah. ditengking.
apa kau sebagai budak
kau faham semua tu ?

perempuan.
dilayan tak ubah seperti
lelaki.
apa kau ingat tido berpelukkan
anak patung ? make up ? permainan ?


dari umur nya 9, 10 tahun
di ajar makan cili,
di ajar memasak,
di ajar mengemas,
apa kau kira itu dunia BUDAK ?

terbujur satu tubuh berbungkuskan kain putih
si ibu kesana kesini sibukkan diri
cuba mengawal kesedihan.
si ayah disisi membaca ayat suci.
dia datang duduk disisi ayah nya
sambil membaca iqra'
apa kau kira dia tahu siapa berbalut itu ?


membesar dlm keadaan sekeliling kau
lelaki.
jiran. kawan. saudara.
apa kau kira dia ada sifat keperempuanan ?

saat dia meningkat remaja
dikerah kerja membantu keluarga
mintak itu tak dapat, mintak ini tak dapat.
apa kau kira jiwa remaja mengerti ?

memberontak nya jiwa remaja.
hasutan kawankawan.
kebebasan seakan diri ni lelaki.
sumpah seranah hinggap sewenang nya.
apa kau kira remaja matang kah ?

dia membesar tanpa kenal erti
MANJA.
dia membesar dengan erti
BERDIKARI.
andai kau campak dia ke mana pun,
kau pikir dia akan MATI ?

saat dia mengerti erti
kedewasaan.
dia kenal erti --
A.R.W.A.H.

hakikatnya --

aku kira kami dah lalui zaman kami.

budak.
jangan terlalu dimanjakan,
di ajar perkara asas dari kecil,
jadi lelaki pada jiwanya agar kental.

remaja.
tidak di ikutkan kemahuannya,
bertegas setegasnya agar mendengar kata
belajar dari kesilapan. BELAJAR.
aku kira kami belajar banyak perkara.

dewasa.
kami sebenar nya dididik untuk jadi KUAT.
kami di ajar untuk tak terlalu bergantung.
kami dididik untuk hadap masa depan.
sebagai perempuan,
di ajar untuk tak terlalu LEMAH.


A.R.W.A.H
abang sulung
empat belas tahun kemudian
papa

aku tak pernah tahu yang tubuh berbalut tu
abang sulung aku.
aku tak mampu ingat wajah dia.
sungguh aku tak ingat.
aku cuma ingat,
aku budak tiga tahun,
duduk sebelah papa sambil aku baca iqra'
iqra' tauuu sedangkan semua baca yassin.
aku sedih,
sbb tak mampu ingat wajah abg sulung.

penat lelah dia membesarkan anak perempuannya.
anak perempuan bukan mudah untuk dijaga.
sebab itu kami di didik seakan kami lelaki.
tanggungjawab seorang ayah.
berat. cukup berat.
satu persatu fizikal nya di ambil tuhan.
aku lihat dia kuat. sangat kuat.
tak pernah dia merungut sakit.
tak pernah dia putus asa.
kau tahu kenapa dia tegas ?
sebab dia bekas tentera :)

aku belajar erti
kekuatan. kehilangan. perubahan.
titik permulaan.

andai dia kat sekeliling,
paa, 
alia dah besar...
dah nak 20tahun dah paa,
lagi bape jam jee lagi.
i wish,
paa dpt tengok result spm. matriks. uni.
tgok ank paa sorang ni bole masuk uni macam akak.
tengok anak keras kepala paa ni jadi dewasa,
i really wish that.
T_T


aku rasa, 
ada baiknya kami dibesarkan dengan cara kasar.
di ajar untuk jadi orang,
yang betulbetul ORANG.
mama papa its not parents yang manjakan anak.
once cikgu mengadu anak buat salah,
balik ruma, SIAP KAU !
orang duludulu.

papa..
seorang yang mampu membetulkan bacaan Al-Quran
anaknya tanpa memandang isi nya dengan tajwidnya,
seorang yang berbual pelbagai bahasanya,
seorang yang mampu mengira tanpa mencatit dengan lancarnya.
seorang yang kuat, sangat kuat 
yang pernah aku jumpa.
lemah longlai nya dia depan anak anak.
menahan sakit perit.
tapi dia tetap kuat.
--

tahun ketiga dia pergi menghadap Ilahi.
peluk cium rindu paa.
Al-Fatihah.









--kekuatan aku sekarang, datang dari dia..mana mampu aku cari lelaki seperti papa,,satu dalam berjuta--










♥♥♥jazakillahu khairan kathira♥♥♥

0 comments:

Post a Comment